
CUTI

Cuti Panjang

- Hari Raya Eidul Fitri selama 10 hari bermula 27 Ramadhan – 7 Syawal.
- Hari Raya Eidul Adha selama hari (bergantung pada tarikh)
- Hujung tahun selama 1 minggu (minggu ke-4 bulan Disember)
Cuti Khatam Al-quran & Syahadah

- Pelajar yang berjaya khatam 30 Juz akan diberi cuti seminggu sejurus selepas khatam tetapi bermula hari Sabtu/Ahad.
- Pelajar yang sudah berjaya syahadah yang ingin menyambung pengajian alim di sini juga diberi cuti yang sama.
- Tarikh cuti adalah dari pihak madrasah, bukan pilihan dari ibubapa/penjaga.
- Cuti ini tidak boleh dianjakkan kepada tarikh selain yang ditetapkan oleh pihak madrasah.
- Apabila pelajar tidak mahu mengambil cuti ini, ibubapa/penjaga atau pelajar itu sendiri tidak boleh menuntut cuti ini lagi pada waktu yang akan datang.
Cuti Kecemasan

- Bagi cuti sakit (MC) hendaklah dilampirkan surat pengesahan daripada klinik/hospital. Jika pelajar cuti tanpa makluman kepada pihak madrasah, pelajar dikira melanggar peraturan madrasah dan boleh dikenakan hukuman.
- Ibubapa/penjaga yang gagal memberikan surat MC dari klinik/hospital dianggap melanggar peraturan dan pelajar boleh dihukum.
- Pelajar yang terikat dengan temujanji doktor mestilah diberikan salinannya bagi sim- panan madrasah.
- Hanya majlis perkahwinan dan kematian keluarga terdekat sahaja dibenarkan cuti selain cuti sakit iaitu selama tempoh yang difikirkan sesuai.
- Sambutan Hari Keluarga/doa selamat pergi umrah & haji/menyambut kepulangan keluarga dari jauh/menemani keluarga masuk universiti & kolej dan seumpama ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.
- Menziarahi keluarga yang sakit atau sudah lama tidak bertemu adalah tidak dibenarkan