PENGENALAN

Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid (MTAAR) telah diasaskan bersama oleh Ayahanda TG Ustaz Hj Abdul Ghani bin Mohammad & anak sulungnya Al-marhum Ustaz Abdul Rasyid bin Abd Ghani sejak tahun 1999.

Pada awalnya MTAAR hanya membuka kelas tahfiz separuh masa (part time) di Surau Haji Mokhtar Telok Gadong, Klang dimana bilangan pelajar ketika itu melebihi 100 orang.

Oleh kerana mendapat permintaan daripada pihak ibubapa untuk kelas sepenuh masa (full time), maka kami memutuskan untuk menyewa bangunan sementara. Setelah 10 tahun kami direzekikan tapak untuk bangunan sendiri kini di Jalan Bawal Kg Sungai Udang, Klang.

Alhamdulillah, MTAAR yang no berdaftar dengan JAIS (JLD.7.32) ini sudah beroperasi di bangunan sendiri yang menempatkan seramai 150 orang pelajar lelaki. Bangunan telah dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali pada 7 Safar 1431H bersamaan 23 Januari 2010.

Setelah Al-marhum Ustaz Abdul Rasyid meninggal dunia dalam kecelakaan ketika menyampaikan bantuan Asnaf di Kemboja pada tahun 2015, perjuangan kini disambung oleh adinda beliau, Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairulnizam Bin Abd Gh