
PENGAJIAN TAHFIZ
Pendidikan Hafal Al Quran

Berikut adalah penerangan terperinci berkaitan sistem & sasaran bagi anak-anak yang mengambil bahagian hafazan Al-Quran :
- Menggunakan sistem hafazan seperti di India dan Pakistan
- Saba’ (hafalan baru) wajib dihantar minimum 1 muka setiap hari. Pra saba’ (hafalan ulangan) setiap hari 1 juz. Mokhtar (hafalan lama) setiap hari 1 juz minimum.
- Setiap bulan wajib capai target saba’ 1 juz minimum supaya dapat khatam dalam masa kurang daripada 3 tahun.
- Program syahadah (ulangan 30 Juz Al-quran) mesti diselesaikan dalam masa 1 tahun sahaja.
- Pelajar yang tidak mencapai target yang disusun akan diberhentikan setelah diberi tempoh percubaan dan berbincang dengan ibubapa.
- Pelajar yang cemerlang akan dihantar untuk Ithbat (ujian hafazan) JAIS & PITAS, mewakili pertandingan hafazan berbagai peringkat dan layak mengambil Sijil Tahfiz Malaysia (STM).
Hala tuju

- Mengkhatamkan Al-quran 30 juz selama 3 tahun. Sekiranya tidak berjaya, maka pelajar akan dinasihatkan untuk berpindah.
- Seterusnya memasuki program syahadah selama 1 tahun sahaja. Syahadah yang dibenarkan hanyalah 1 hari atau 2 hari sahaja.
- Pelajar yang cemerlang dan berminat akan dihantar ke Darul Mustafa, Yaman untuk menyambung lagi pengajian alim di sana selama 4 tahun minimum.
- Setelah tamat pengajian di sana, pelajar boleh melanjutkan pengajian dimana-mana pusat pengajian tinggi atau universiti/kolej di Malaysia dengan sijil yang diperoleh di Darul Mustafa, Yaman.
Syarat kemasukan

- Lelaki berumur 13-18 tahun
- Bersedia mematuhi peraturan & disiplin yang ditetapkan madrasah.
- Bacaan Al-quran yang lancar dan teratur.
- Lulus temuduga yang ditetapkan oleh pihak madrasah.
- Mempunyai rekod akhlak yang baik dari pusat pengajian yang lepas.
- Mendapat keizinan daripada ibubapa/penjaga.
- Berminat menghafal Al-quran dan bercita-cita tinggi untuk menyebarkannya.
- Kerelaan sendiri (bukan paksaan ibubapa)
*Tawaran kemasukan adalah tertakluk kepada keputusan temuduga & juga kekosongan tempat.
*Bergantung keadaan semasa
- Yuran hendaklah dijelaskan sebelum pelajar masuk madrasah.
- Yuran bulanan hendaklah dijelaskan pada setiap minggu pertama.
- Setiap pelajar dikehendaki membayar yuran tahunan setiap awal tahun untuk keperluan pelajar sepanjang setahun.
- Segala pembayaran yuran yang sudah dibayar TIDAK AKAN DIPULANGKAN JIKA TUAN/PUAN MENARIK DIRI.
*Tujuan yuran dikenakan adalah untuk membiayai sebahagian kos penggunaan eletrik, air, internet, kos pentadbiran, pembelajaran & peperiksaan, aktiviti pelajar. Sebahagian peruntukan dikenakan kepada pelajar akan digunakan sebagai saguhati kepada tenaga pengajar.